Pada November 2018, bekas Ketua Menteri Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman berdepan dengan 35 tuduhan rasuah berhubung kontrak konsesi pembalakan di Sabah dan pada Mac 2019, Musa sekali lagi dihadapkan ke mahkamah atas 16 lagi pertuduhan pembabitan beliau dalam penggubahan wang haram melibatkan keseluruhan jumlah yang melebihi RM263.4 juta.
Perkara ini pernah didedahkan oleh Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org/ms/2012/07/skandal-penyelewengan-wang-hsbc-masa-untuk-menjalankan-siasatan-ke-atas-salahlaku-musa-aman/) sekitar tahun 2012.
Laporan tersebut telah mendedahkan maklumat terperinci mengenai siri-siri akaun HSBC yang dikaitkan dengan penggubahan wang haram dan rasuah dalam kes pembalakan di Sabah mengenai penglibatan HSBC memproses berjuta-juta ringgit yang menjurus ke akaun - akaun milik Musa Aman, yang akhirnya terpaksa ditutup dalam tahun 2006 dahulu.
HSBC jelas mengamalkan dasar kapitalis yang tidak bermoral. Tidak hairanlah CEO HSBC Malaysia, Stuart Milne kini secara terang-terangan menganiayai pekerja B40 dan M40 di Malaysia kerana walaupun dengan rekod yang sebegini, tiada pemantauan yang ketat dari Kementerian Sumber Manusia.
#HabislahPekerjaMalaysia
Akan bersambung ke Bahagian 2...