Seperti yang didedahkan sebelum ini, jutaan ringgit hasil penggubahan wang haram dan rasuah seperti yang dilaporkan oleh Sarawak Report
(http://www.sarawakreport.org/.../skandal-penyelewengan.../) telah menunjukkan berlakunya transaksi melalui akaun yang diuruskan oleh HSBC.
Walaupun pendakwaan ke atas Tan Sri Musa Aman tidak diteruskan, penglibatan HSBC dalam kegiatan haram dan juga skandal telah menerima tekanan antarabangsa.
Kesediaan HSBC yang seumpama kebal dan bersedia melanggar peraturan asas dalam kepatuhan (Compliance – suatu kesalahan yang boleh menyebabkan ianya didenda hingga beratus juta dollar jika di luar negara) menjadikan HSBC sebagai bank pilihan penjenayah.
Adakah kerajaan Malaysia masih tidak mahu melakukan pemantauan teliti terhadap penganiayaan dan kezaliman HSBC kepada pekerja B40 dan M40 dengan latar belakang rekod sebegini?
#HabislahPekerjaMalaysia