Lagu dan cerita ini didendang dengan penuh bermakna dan ia dikaitan dengan situasi penindasan terhadap pekerja tempatan di Malaysia.
Aduan demi aduan yang dibangkitan oleh Kesatuan Sekerja NUBE kepada Kementerian dan agensi, tiada sebarang tindakan sehingga kini, di mana isu ini adalah isu pekerja tempatan yang diibaratkan seperti "Aur Di Pinggir Tebing" berganding bahu sekian lama telah demi kemajuan Malaysia yang tercinta.
Adakah Institusi kerajaan seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Keewangan dan Bank Negara Malaysia hanya "Manis di mulut" dan hanya "Menanam Tebu di Tepi Bibir" kepada Rakyat golongan B40 & M40?
Kepada siapakah lagi pekerja tempatan harus mengadu untuk dapatkan bantuan demi mempertahankan hak, maruah dan kelangsungan hidup mereka di bumi Malaysia ?
Ayuh kita semua hayati lagu dan cerita ini dan teruskan sokongan anda dengan Like, Comment dan Share.
Credit kepada penyanyi asal Allahyarham Tan Sri SM Salim.
(Al Fatihah disampaikan)