Selepas kita melalui beberapa siri penilaian prestasi kedua-dua Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia ini, maka kesimpulan yang boleh dikatakan berkenaan prestasi mereka sebagai Menteri setakat ini adalah TERBUKTI GAGAL!
Isu Penyumberan Luar yang berlaku secara besar-besaran di HSBC masih belum diberi sebarang tindakan ataupun maklum balas dari kedua-dua Menteri ini membuktikan kegagalan mereka dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.
Amat malang bagi rakyat Malaysia mempunyai MENTERI SYOK SENDIRI.
Sekiranya YAB Perdana Menteri terus membiarkan mereka memegang jawatan sebagai Menteri, maka lama-kelamaan pekerja B40 dan M40 di Malaysia khususnya dalam industri perbankan akan terus teraniaya.
#HabislahPekerjaMalaysia