Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang, 11 Mac 2021 - Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang Tahun 2020
NUBE Northern Region PKP telah melakar sejarah buat kali kedua apabila Ahli Jawatankuasa NUBE Northern Region - PKP Sdr Abdul Ghani Bin Abu Bakar telah dianugerahkan Pingat Jasa Kebaktian (PJK) sempena Hari Ulang Tahun Ke-82 TYT Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang Tun Dato' Seri Utama (DR.) Haji Abdul Rahman Bin Haji Abbas mengikut amalan norma baharu (Perintah Kawalan Pergerakan).
Pingat ini dikurniakan kepada orang perseorangan yang telah memberi khidmat bakti yang bernilai atau berjasa atau telah berkhidmat dengan penuh tanggungjawab.
Penganugerahan ini dikurniakan diatas pengiktirafan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang di atas perkhidmatan cemerlang yang telah beliau berikan kepada warga pekerja dan NUBE demi memartabatkan warga kaum pekerja khususnya di sektor industri perbankan.
Barisan EXCO NUBE ingin merakamkan sakalung tahniah dan syabas buat Sdr Abdul Ghani Abu Bakar.