Semasa krisis pandemik ini, senaman AMAT penting untuk menguatkan imuniti badan.
Justeru, NUBE mengorak langkah menjadi teladan dengan menganjurkan akvititi berjalan.
Ia bukan sebagai persediaan untuk pertandingan. Setiap orang yang menyertai senaman berjalan kami, bebas menyertai mengikut tahap kemampuan mereka. Jalan laju pun boleh, jalan perlahan pun tidak apa!!
Sejak memulakan aktiviti berjalan ini Isnin lalu, kakitangan dan ahli ibu pejabat NUBE dan NUBE KLSP amat ceria dan teruja. Kami juga lebih bertenaga.
Kami meletakkan sasaran untuk berjalan sejauh 2.5km hingga 5 km setiap minggu.
Kami berharap ahli-ahli lain di KL juga akan menyertai aktiviti berjalan NUBE ini.Datanglah beramai-ramai sebelum pukul 5.30 petang ke ibu pejabat NUBE setiap Isnin. Pasti menyeronokkan untuk kita bersenam bersama-sama.
Di mana sahaja anda berada, ingatlah untuk bersenam setiap hari, Marilah kita Kekal, Sihat dan Selamat kerana kita hidup hanya sekali. Justeru jagalah kesihatan dengan sentiasa bersenam.