6.4.2021, Ipoh, Perak – Hujan, Pandemik COVID-19 bukan penghalang untuk sentiasa menjalinkan hubungan antara pucuk pimpinan dan ahli-ahli. Walaupun Setiausaha Agung NUBE Sdr J Solomon mempunyai jadual padat, namun atas rasa kasih dan sayangnya kepada semua ahli, beliau tetap mencuri sedikit masa dengan mengadakan lawatan kerja hari ini ke NUBE Cawangan Ipoh, Perak.
Delegasi pemimpin yang diketuai Setiausaha Agung, hadir bersama-sama adalah Bendahari Agung Sdr Chee Yeeh Ceeu, Naib Presiden, Sdr Mohamad Syukri Mustaffa, Ahli EXCO merangkap Setiausaha Cawangan Ipoh, Sdr Edwin Salomon, Naib Pengerusi Cawangan Ipoh, Sdr Hj Zubir Ahmad dan Sdr S Kalaiselvan telah melawat beberapa cawangan bank di sekitar Ipoh, antaranya ialah :-
1. OCBC Bank, Jalan Dato Maharaja Lela;
2. Standard Chartered Bank, Jalan Dato Maharaja Lela;
3. Public Bank Ipoh Main Office; dan
4. RHB Bank, Jalan Tun Sambanthan
5. HSBC Bank, Jalan Tun Sambanthan
Lawatan dan pertemuan singkat ini berjalan dengan lancar dan kesemua IRC dan ahli-ahli NUBE di Ipoh, Perak sangat bangga dan terharu dengan kehadiran pucuk pimpinan NUBE HQ dan Cawangan walaupun cuaca hujan ditambah dengan keadaan dunia dilanda Pandemik Covid19 ini.
Sdr J Solomon juga meluangkan sedikit lagi masa pada petangnya untuk bersama-sama dengan kesemua Ahli Jawatankuasa Cawangan Ipoh untuk mendengar pendapat, cadangan dan permasalahan yang dihadapi oleh ahli jawantankuasa sebelum beliau memberi nasihat serta membincangkan beberapa perkara yang sedang berlaku di dalam sector perbankan, antaranya :-
1. Perlunya latihan berterusan dalam memastikan keutuhan kesatuan;
2. Kefahaman dan ancaman Bekerja Dari Rumah (BDR);
3. Kepentingan semangat solidarity, hubungan baik antara pucuk pimpinan dan ahli; dan
4. Tugas dan tanggungjawab sebagai pemimpin Kesatuan Sekerja.
Kesemua Ahli Jawatankuasa Cawangan Ipoh, Perak menzahirkan rasa terharu, gembira dan amat berpuas hati dengan segala penjelasan, perkongsian serta tunjuk ajar yang di sampaikan oleh Setiausaha Agung kesayangan kita, Sdr J Solomon.
#HidupNUBE