MEMBENARKAN semua sektor ekonomi beroperasi seperti biasa semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara akan menggagalkan tujuan utama memerangi pandemik Covid-19 g, kata J Solomon.
Setiausaha agung Kesatuan Nasional Pekerja Bank (NUBE) berkata, ia akan lebih berkesan jika kerajaan hanya membenarkan sektor penting beroperasi, seperti dilakukan pada perintah sekatan pertama tahun lalu.