Ketua Pengarang Astro Awani, En Ashwad Ismail telah berkongsi pengalaman dan ilmu dalam siri Sembang Bersama Pengamal Media anjuran Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), malam tadi. Beliau merupakan personaliti media pertama muncul dalam siri tersebut.
Membicarakan tajuk "Mendalami Teknik Menjana Terbitan Efektif", beliau telah berkongsi pelbagai petua mengenai pendekatan dan strategi menghasilkan bahan-bahan berkualiti dan membina terutama dalam usaha memperkasakan ahli-ahli kesatuan sekerja.
Sumbangan En Ashwad sudah pasti akan membantu ke arah memperkukuhkan usaha memperkaya maklumat semasa dengan meluas dalam kalangan ahli-ahli NUBE.
NUBE menggunakan pelbagai platform untuk menyampaikan maklumat semasa. Pendekatan terkini adalah Radio NUBE yang boleh diakses menerusi app khas.
Di kesempatan ini, kepimpinan NUBE mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kesudiaan En Ashwad berkongsi input yang amat bernilai kepada pasukan komunikasi dan media NUBE.