Konvensyen ILO - C190 bertujuan untuk mengakhiri keganasan dan gangguan di tempat kerja. Komitmen yang memerlukan kerajaan, majikan dan pekerja dan organisasi mereka untuk bekerjasama. Kita tidak lagi boleh menerima apa jua bentuk keganasan dan gangguan di dunia pekerjaan.
Setakat ini hanya tujuh negara yang telah meratifikasi C190, iaitu Argentina, Ecuador, Fiji, Mauritius, Namibia, Somalia dan Uruguay. Diharap kerajaan kita akan menerima pakai C190 secepat mungkin.