Semasa pandemik Covid-19 ini, kita sedar bahawa ramai daripada kita mempunyai lebih banyak masa untuk diri berbanding dengan sebelum wabak. Sebelum ini cara hidup kita terjebak dalam perjuangan sengit untuk kekayaan atau kuasa, dalam kehidupan kerja yang tertekan.
Sebahagian daripada kita bekerja dari rumah, sebahagian lagi bekerja di pejabat, ada yang duduk di rumah sementara dan yang kena kuarantin.
Dalam tempoh ini, kita mempunyai masa untuk merenungkan diri sendiri apakah kita telah menggunakan masa yang ada untuk kita dengan bijak atau boros.
Kita beruntung kerana kita mempunyai kebebasan untuk membuat pilihan sendiri.
Izinkan saya berkongsi satu ilustrasi:
1. Setiap hari, RM86,400.00 dimasukkan ke dalam akaun bank kita dan kita dapat membelanjakannya mengikut suka kita.
2. Setiap hari sebelum tengah malam, bank akan mengeluarkan baki wang yang belum habis digunakan kerana ianya tidak boleh dibawa ke hari berikutnya.
Nampak hebat bukan!
Apa yang boleh kita lakukan?
Kita mungkin membelanjakan wang itu dengan mewah, membeli kesemua apa yang kita tidak dapat membeli sebelum ini, berkongsi dengan orang lain atau dengan kesempatan yang ada, kita mungkin membelanjakan setiap Ringgit untuk memaksimumkan peluang yang ada pada kita setiap hari atau kita mungkin akan melaburkannya.
Percaya atau tidak, kita telah diberikan benda yang serupa, tetapi bukan dengan Wang, sebaliknya Masa.
1. Setiap hari, kita diberi 86,400 saat yang baharu untuk digunakan mengikut kehendak kita.
2. Kita perlu gunakan 86,400 saat pada hari ini, yang semalam telah berlalu kerana menjelang tengah malam, masa yang tidak dibelanjakan itu, akan hangus dengan sendiri dan esok bukan sesuatu yang dijanjikan.
Oleh itu, kita harus hidup dan menghargai setiap saat yang kita ada sekarang dengan bijak.
Setiap saat yang diberikan kepada kita harus digunakan dengan bijak, dengan memperoleh pengetahuan baharu, menambah kemahiran dan latihan semula. Jangan lupa, luangkan masa yang berkualiti dengan Tuhan, keluarga, rakan sekerja, rakan-rakan dan pelanggan, dan untuk membina pemikiran yang positif serta berbuat baik.
Rakan-rakan yang dihormati, janganlah kita sia-siakan masa sekarang yang berharga kerana kita tidak akan dapat kembali masa yang telah dibazirkan.
Justeru itu, bertindaklah dengan bijak, sayangi hidup kita kerana kita mempunyai satu kehidupan sahaja.
Pastikan kita hidup dengan penuh bermakna; pembaziran masa itu adalah satu tragedi.
“Hidup adalah satu perkara yang paling jarang di dunia. Kebanyakan orang hanya wujud, itu sahaja” – Oscar Wilde.
Kekal Sihat, Kekal Selamat.