Pada 14 September 2021, NUBE Ipoh mengaturkan satu pertemuan secara atas talian dengan ahli-ahli CIMB Bank cawangan Tasek , Ipoh, Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Bro Haji Zubir Ahmad (Naib Pengerusi) bersama pegawai-pegawai Nube Ipoh, Bro Nicholas Quah (Bendahari), Bro Syukri Kamil, Bro Nasirudin, Bro Thiagarajan, Sis Sarimah dan Sis Sharen Kaur.
Dalam pertemuan itu, ahli-ahli diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi seperti langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh bank bagi memerangi wabak Covid 19, 'kerja dari rumah' dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai-pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang bermanfaat.