Pada 11 Oktober 2021, NUBE Ipoh mengaturkan satu pertemuan secara atas talian dengan ahli-ahli CIMB Bank cawangan Kampar, Perak.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Bro Haji Zubir Ahmad (Naib Pengerusi) bersama Bendahari Cawangan, Bro Nicholas Quah serta pegawai-pegawai Nube Ipoh, Bro Syukri Kamil, Bro Thiagarajan, Sis Sarimah, Sis Sharen Kaur and Sis Jaya Sheila.
Dalam pertemuan itu, ahli-ahli diberi pencerahan tentang isu-isu yang dihadapi seperti langkah-langkah keselamatan yang dilaksanakan oleh bank bagi memerangi wabak Covid 19, 'kerja dari rumah' dan diikuti dengan sesi dialog dengan Pegawai-pegawai Kesatuan.
Semua ahli gembira dan mengucapkan terima kasih kepada Pegawai-pegawai Kesatuan kerana mengadakan mesyuarat yang bermanfaat.