Delegasi NUBE yang diketuai Setiausaha Agung Bro J Solomon, dengan diiringi oleh Exco NUBE KLSP, Bro Yushamizan dan Penolong Eksekutif Sis Carol telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), YB Dato' Seri Utama Mukhriz Tun Dr Mahathir.
Dalam pada itu, YB Dato' Seri Utama Mukhriz telah diiringi oleh Pengerusi NGO Biro PEJUANG Sdr Amir Khusyairi, Timbalan Pengerusinya Sdr Tengku Arman dan Sdr Mohd Fareq Rizal Bin Mohd Fisal, Exco Biro NGO.
Delegasi NUBE disambut mesra oleh YB Dato' Seri Utama Mukhriz yang memperlihatkan keprihatinan beliau terhadap isu-isu pekerja yang dibangkitkan oleh NUBE sepanjang pertemuan ini.
NUBE telah berkongsi pandangan bahawa NUBE secara amnya telah berusaha untuk mengekalkan keharmonian industri dalam sektor perbankan dan telah menikmati hubungan kerja yang baik dengan MCBA, badan yang mewakili majikan dalam sektor perbankan. Kecuali beberapa bank, terutamanya HSBC Bank Malaysia Berhad yang tidak menghormati undang-undang Malaysia, sekali gus menjejaskan pekerja-pekerja B40 dan M40.
NUBE juga telah memaklumkan kepada YB Dato Seri Utama Mukhriz bagaimana Menteri Sumber Manusia dan Menteri Kewangan telah bersekongkol dengan HSBC Bank Malaysia Berhad dalam tindakan bank asing itu membuli dan menganiaya pekerja-pekerja B40 dan M40.
Mengenai Bajet 2022 pula, NUBE menggesa Presiden PEJUANG agar untuk menghalang Menteri Sumber Manusia dan Menteri Kewangan daripada menganggap PERKESO dan KWSP sebagai bank simpanan dana untuk kelebihan politik kerajaan.
Ia adalah satu pertemuan yang bernas dan kami gembira kerana Presiden PEJUANG secara peribadi telah mendengar isu-isu pekerja melalui Biro NGO parti itu. NUBE gembira dengan pertemuan itu dan berharap untuk melihat lebih ramai Ahli Parlimen akan bercakap dan membina jaringan keselamatan yang berkesan untuk pekerja-pekerja Malaysia yang telah terus menjadi mangsa agensi-agensi kerajaan dan Menteri yang tidak bertanggungjawab.