KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) mengalu-alukan cadangan pindaan Akta Kerja 1955 (EA 55) yang dibentangkan untuk bacaan kali
pertama di Dewan Rakyat pada Oktober lalu, dan bacaan kedua dijangka dari 16
hingga 18 Disember 2021.
Matlamat pindaan tersebut adalah untuk memastikan EA 55 mematuhi piawaian dan amalan antarabangsa, dan oleh itu, beberapa pindaan perlu dikaji semula sebelum ahli Parlimen meluluskan rang undang-undang (RUU) itu, kata Setiausaha Agung, Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank, J Solomon.
Walaupun NUBE mengalu-alukan cadangan pindaan dimaksudkan, tetapi terdapat beberapa perkara yang menjadi kebimbangan.
Kebimbangan itu dinyata NUBE dalam kenyataannya. Berikut adalah kenyataan penuhnya.