7 Disember 2021 - KOMTAR,Pulau Pinang.
Pada hari ini, NUBE Malaysia diketuai oleh Setiausaha Agung, Sdr. J. Solomon dan Presiden, Sdr. Tan Eng Hong serta Ahli-Ahli Jawatankuasa NUBE Pulau Pinang/Kedah/Perlis telah memberi kunjungan hormat kepada Timbalan Ketua Menteri (II) Pulau Pinang, YB Tuan Prof. Dr. P. Ramasamy di pejabat beliau tingkat 52 di Kompleks Tun Abdul Razak,Komtar,Pulau Pinang.
Antara intipati pertemuan kedua-dua belah pihak adalah perbincangan berkenaan salah laku bank HSBC di peringkat antarabangsa dan di Malaysia.
Pihak NUBE telah memberikan butiran secara terperinci tentang penindasan serta kegiatan anti kesatuan melibatkan pekerja-pekerja B40 dan M40 di HSBC Bank Malaysia.
YB Tuan Prof. Dr. P. Ramasamy telah mengambil maklum berkenaan permasalahan tersebut dan memberi jaminan beliau akan menyiasat dengan lebih mendalam serta memaklumkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan susulan. Beliau turut memastikan agar kebajikan pekerja sentiasa terjaga dan dibela sepanjang masa.
NUBE Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang terutamanya YB Tuan Prof. Dr. P. Ramasamy kerana menerima kunjungan hormat dari NUBE Malaysia.