Negara sedang berhadapan dengan banjir serius di beberapa kawasan di negeri-negeri Semenanjung Malaysia terutama di Pantai Barat.
Oleh itu, ahli-ahli NUBE dinasihatkan senantiasa berwaspada, dan berhati-hati dalam menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga.
Ahli-ahli yang menjadi mangsa bencana banjir boleh menggunakan cuti ihsan dua hari mengikut Artikel 31 Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE. Sila hubungi pihak Pengurusan masing-masing.
Mereka yang mengalami sebarang masalah dalam perkara ini boleh hubungi Ahli Jawatankuasa (AJK) kawasan anda.
Kepimpinan NUBE mendoakan keselamatan dan kesihatan setiap ahli dan keluarga masing-masing.
Kekal Selamat • Kekal Sihat.
J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG