Semalam, pada 13 Januari 2022, Bro Saifulizan, Ketua Zon A dengan ditemani oleh Pengerusi IRC Menara SBB, Bro P Roszaidi dan Ahli Jawatankuasa Kerja, Bro Hada Syahme telah mengadakan kunjungan ke CIMB Cawangan Plaza Damansara bagi mempengerusikan mesyuarat cawangan.
Penerangan dan perbincangan juga telah berlangsung di mana sesi soal jawab berkaitan isu-isu di pejabat cawangan dan industri perbankan telah diadakan. Matlamat pelaksanaan Sistem Pengurusan Prestasi (PMS) dan beberapa persoalan yang berkaitan juga telah dibangkitkan.
Dalam pada itu, ahli-ahli juga telah memperlihatkan semangat untuk terus menyokong NUBE dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran barisan kepimpinan NUBE KLSP.
NUBE KLSP turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan jemputan ahli-ahli NUBE CIMB cawangan Plaza Damansara.