Pada 20 Januari 2022, Pegawai-pegawai Cawangan Ipoh, iaitu Bro Thiagarajan, Bro Shahril dan Bro Nasirudin telah mengadakan kunjungan ke Public Bank, Pusing.
Dalam pertemuan itu, semua ahli telah diberikan maklumat terkini isu-isu semasa dan mereka juga dinasihatkan agar sentiasa mengikuti perkembangan NUBE dan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti serta seminar yang dianjurkan oleh kesatuan.
Pegawai-pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan, Encik Leong Weng Onn.
Semua ahli berpuas hati medapat maklumat terkini dan menghargai kehadiran Pegawai-pegawai NUBE ke cawangan mereka.