10 Februari 2022, Khamis - NUBE Penang/Kedah/Perlis telah mengambil kesempatan untuk lawatan susulan ahli-ahli di Zon 1, Alor Setar setelah lama tidak bersua muka akibat pandemik Covid-19.
NUBE Penang/Kedah/Perlis telah diwakili oleh Saudara L. Baskaran, Timbalan Pengerusi, Saudara Chee Yeeh Ceeu, Setiausaha Kehormat Cawangan dan Saudara Haji Mohamad Ilyas, Bendahari Kehormat Cawangan merangkap Ketua Zon 1 NUBE PKP.
Pada lawatan kali ini, kesempatan diambil bukan sahaja bertemu ahli-ahli sahaja, malah dapat bertemu dengan Pengurus-Pengurus Bank serta bagaimanakah kehidupan pekerjaan mereka setelah Covid-19 melanda. Pertemuan yang amat bermakna bagi semua pihak.
Terima kasih yang tak terhingga kepada ahli-ahli dan pihak pengurus bank yang sudi meluangkan masa walaupun mereka sibuk dengan tugasan mereka. Kekalkan solidariti sesama kita.