KESATUAN Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) akan mengadakan piket kebangsaan di seluruh Semenanjung Malaysia mulai minggu ini sebagai tanda membantah sikap tidak adil, tidak profesional dan diskriminasi HSBC Bank Malaysia Berhad (HSBC), melibatkan 300 pertikaian industri.
NUBE terpaksa mengambil tindakan perhubungan perusahaan ini selepas bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HSBC dan CEO semasa melaksanakan proses Penyelesaian Pertikaian selaras dengan peruntukan Perjanjian Kolektif (CA), Setiausaha Agung NUBE, J. Solomon.
Solomon berkata, pengurusan HSBC Bank Malaysia enggan menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh NUBE sejak tiga tahun kebelakangan ini, dan mencabuli hak dan kepentingan ahli-ahli NUBE kalangan B40 dan M40.
NUBE tiada pilihan kecuali mengambil tindakan berpiket ini memandangkan HSBC Bank
Malaysia telah berulang kali enggan berbincang dengan NUBE.
“Tindakan tidak adil dan tidak profesional HSBC Bank Malaysia itu, yang melibatkan 300
pertikaian industri semasa pandemik, adalah melampu dan mencabar kesabaran pekerja pekerja B40 dan M40. Sikap sedemikian juga tidak mencerminkan kedudukannya sebagai sebuah bank bertaraf global,” kata beliau.