Dari 7 hingga 9 Mac lalu, seramai 12 Ahli Jawantankuasa Ipoh telah mengambil bahagian dalam Program CapIS (Pembangunan Kapasiti Bagi Inspirasi Dalam Solidariti) di Kalumpang Resort & Training Centre, Hulu Selangor.
Program ini diadakan bagi meningkatkan inspirasi melalui solidariti ke arah kemajuan diri dan kesejahteraan ahli-ahli NUBE Ipoh.
Program CapIS yang berlangsung di Kalumpang Training Centre ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya dengan menikmati suasana alam semula jadi di Kalumpang Resort. Bunyi deruman dan kesejukan suasana air terjun yang amat menyegarkan telah memberikan banyak ketenangan.
Terima kasih diucapkan kepada Setiausaha Agung kita, Bro J Solomon yang telah menerajui latihan ini. Juga terima kasih kepada jurulatih Encik Iskandar yang telah mengendalikan latihan.
Pelbagai aktiviti berkumpulan turut telah diadakan untuk memberi inspirasi dan semangat solidariti yang lebih erat yang bermatlamatkan ke arah memberi perkhidmatan yang lebih bersedia dan lebih cemerlang demi kelangsungan NUBE dan ahli-ahli NUBE.
Syabas diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa NUBE Ipoh yang telah memperlihatkan kesungguhan dan semangat berdisiplin sepanjang program ini, yang bermula seawal 4.30 pagi setiap hari. Komitmen mereka terhadap program ini jelas terbukti dari segi mental dan fizikal untuk menempuh cabaran mendatang.
Jawatankuasa NUBE Ipoh akan terus berfungsi dengan berkesan, dan sentiasa memacu untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada ahli.