Seramai 11 orang Ahli Jawatankuasa Kelantan dan Terengganu telah mengambil bahagian dalam program Pembangunan Kapisiti Bagi Inspirasi Dalam Solidariti (CaPIS) di Kalumpang Resort & Training Centre, Hulu Selangor yang berlangsung dari 14 hingga 17 Mac 2022.
Program ini diadakan bagi meningkatkan inspirasi melalui solidariti ke arah kemajuan diri dan kesejahteraan ahli-ahli NUBE, khususnya ahli-ahli NUBE Kelantan dan Terengganu.
Program diisi dengan pelbagai sesi aktiviti sama ada dalam kelas mahupun di luar kelas, yang keseluruhannya melibatkan komponen kerjasama berpasukan dan berinteraksi dalam kumpulan untuk memastikan matlamat dicapai demi kepentingan bersama.
Pasukan tenaga pengajar antaranya Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon dan jurulatih, Encik Iskandar bersama pasukannya banyak memberi input dan inspirasi dalam melakukan kerja secara berpasukan. Terima kasih semua.
Semoga apa yang telah dipelajari sepanjang program dapat menaikkan semangat Ahli Jawatankuasa NUBE Kelantan Terengganu, dan mereka akan mempraktikkan pengajaran yang diperoleh dalam memberi khidmat kepada ahli.
Pengalaman tiga hari berada di Kalumpang Resort & Training Centre tidak akan dilupakan kerana ilmu yang diperoleh sangat berharga, seiring keindahan resort dengan alam semula jadi yang masih terpelihara dan diiringi aliran sungai yang jernih melalui jeram-jeram yang tidak putus-putus. Ia juga menggambarkan kami yang berkhidmat dengan ikhlas dan suci tanpa mengira masa demi manfaat bersama ahli.