Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menyambut baik pelaksanaan kadar baharu gaji minimum iaitu RM1,500.
Bercakap kepada portal berita Thisagal, Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon berkata, meskipun kadar terbaharu lewat dari segi pelaksanaan, tetapi ia lebih baik berbanding tiada langsung.
Oleh itu, kata beliau, kelewatan bukan satu isu. Yang penting kadar terbaharu ini akan membawa kelegaan kepada para pekerja, terutama pekerja-pekerja yang berpendapatan rendah.
Bro Solomon menambah, berbanding kerajaan-kerajaan sebelum ini, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengambil langkah yang membina dan konstruktif dalam menetapkan kadar RM1,500, sekali gus membawa kelegaan kepada para pekerja.