Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada Pn. Aminah yang telah berkhidmat di NUBE Port Dickson selama 28 tahun. Komitmen, dedikasi dan kesungguhan kerja beliau amat dihargai.
Beliau merupakan seorang peramah dan mudah berkomunikasi dengan semua orang, tidak kira masa, tempat dan kedudukan. Puan Aminah telah memperlihatkan sifat yang sangat baik, berdisiplin dan menepati masa sejak hari pertama berkhidmat.
Selama berkhidmat dengan NUBE Port Dickson, beliau telah menjaga NUBE Centre sebagai rumah sendiri dengan senantiasa mengutamakan kebersihan, selain menjaga taman bunga dengan penuh kasih sayang. Inilah insan bernama Puan Aminah, yang kami terhutang budi.
Segala sumbangan beliau kepada NUBE Port Dickson dan ahli-ahli NUBE selama ini akan senantiasa diingati. Semoga beliau dikurniakan kekuatan dan kesihatan yang berkekalan.
Letih berjalan di tengah pekan
Singgah sebentar di gerai Siti
Terima kasih kami ucapkan
Atas segala jasa dan bakti
BRO J SOLOMON
SETIAUSAHA AGUNG NUBE