Selepas tiga tahun menempuh hidup dalam pelbagai cabaran di sebalik pandemik Covid-19, ahli-ahli NUBE Cawangan UOB Petaling Jaya Old Town, Selangor dengan penuh semangat telah mengadakan Mesyuarat Am Pertama, dilangsungkan secara fizikal, pada 1 April lalu.
Dalam memastikan kejayaan agenda Mesyuarat Am bagi penggal yang baharu ini, kepimpinan NUBE KLSP turut telah diundang. NUBE KLSP telah menghantar Bro Muhamat Yusri selaku Ahli Jawatankuasa Cawangan dan Ketua Zon dan juga Bro Rahmat Hamid, Ahli Jawatankuasa Cawangan KLSP merangkap Bendahari Kehormat Cawangan KLSP.
Dengan bertemakan "Mengoptimumkan Potensi Ahli Ke Arah Masa Depan Berdaya Tahan Dalam Dunia Perbankan (Reskill dan Upskill) dan Kemakmuran Bersama", para hadirin telah diberi penerangan mengenai perkembangan semasa.
Sempena Mesyuarat Am Pertama ini, pelantikan barisan IRC yang baharu juga telah diadakan.
Di akhir mesyuarat, ahli-ahli NUBE Cawangan UOB kelihatan lebih bersemangat untuk berkhidmat dan menawarkan diri untuk memberi komitmen dalam aktiviti-aktiviti NUBE yang bakal diadakan.
Terima kasih NUBE!!!