Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Cawangan, Bro Nicholas Quah telah mengunjungi Hong Leong Bank, Ayer Tawar Branch pada 3 Mac lalu.
Para ahli yang hadir juga telah dikongsi dengan perkembangan terkini mengenai beberapa isu semasa, terutama yang menyentuh hak dan kepentingan mereka. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE.
Pada masa yang sama, ahli-ahli juga berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi, dan gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.