Pada 30 Mac lalu, barisan pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, dengan diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Cawangan Bro Nicholas Quah, telah mengunjungi ahli-ahli kesatuan di RHB Bank, Cawangan Bagan Serai.
Sempena meyuarat tersebut, semua ahli telah diberikan maklumat terkini mengenai isu-isu semasa, dan mereka juga dinasihatkan agar senantiasa mengikuti perkembangan NUBE dan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti serta seminar yang dianjurkan oleh kesatuan.
Semua ahli berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi dan menghargai kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.