5 April 2022. NUBE telah mengemukakan kepada M/N SC lebih 300 aduan terhadap HSBC Bank, yang melibatkan isu eksploitasi, pembohongan berulang, gangguan, penganiayaan, pencabulan hak asasi manusia serta percubaan untuk menghancurkan kesatuan.
Aduan itu telah dikemukakan kepada Pengarah Eksekutif MCBA, Encik Looi Heong Meng oleh Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon bagi M/N SC mengadakan mesyuarat selaras dengan Perkara 4 Perjanjian Kolektif MCBA/NUBE -
Penyelesaian Pertikaian, item (4) dan (5).
Semua persoalan dan pertikaian yang berkaitan dengan pelaksanaan dan/atau tafsiran CA ini hendaklah diuruskan oleh Jawatankuasa Tetap. Di samping itu, pihak-pihak terlibat boleh merujuk sebarang pertikaian kepada jawatankuasa tersebut dan kegagalan dalam menyelesaikan semua perkara di atas hendaklah dirujuk kepada Kementerian Sumber Manusia.
Buat pertama kali dalam sejarah M/N SC, ia telah menerima lebih 300 aduan terhadap SEBUAH bank ahli. NUBE sedih kerana HSBC telah gagal dalam menegakkan maksud sebenar dialog sosial demi manfaat semua pihak berkepentingan bagi mewujudkan perhubungan perusahaan yang harmoni, di atas landasan yang stabil dan kukuh.
Dalam perkara lain, kategori pekerja-pekerja Bank Perkhidmatan Pelanggan yang dilindungi di bawah Perjanjian Kolektif HSBC Bank/NUBE yang berasingan juga mempunyai Jawatankuasa Tetap untuk fungsi yang sama. Pada 24 Februari 2022, NUBE telah menyerahkan aduan kepada Ketua Pegawai Eksekutif ketika itu, Stuart Milne dan Ketua Pegawai Eksekutif HSBC semasa, En Omar Siddiq, meminta beliau mengadakan Jawatankuasa Tetap HSBC/NUBE selaras dengan peruntukan CA HSBC Bank/NUBE. Malangnya, tiada maklum balas walaupun telah diberi peringatan pada 2 Mac lalu.
Selain itu, NUBE mengemukakan aduan yang terbaharu kepada Ketua Pegawai Eksekutif HSBC pada 4 April lalu, meminta beliau mematuhi CA. Kita berharap Ketua Pegawai Eksekutif sekarang akan menyedari bahawa pasukan Sumber Manusia beliau telah mengelirukan beliau dan pengurusan tertingginya, dan kami berharap kearifan beliau akan membawa kepada pematuhan keperluan CA.
Kami akan memaklumkan semua Ahli akan perkembangan mesyuarat melibatkan kedua-dua Jawatankuasa Tetap MCBA/NUBE dan HSBC Bank/NUBE.
Sementara itu, kami mengucapkan terima kasih kepada Ahli-ahli kita atas semangat Solidariti dalam menyokong perjuangan saudara-saudari kita di HSBC Bank.
SOLIDARITI SELAMANYA!!!