Georgetown, 15hb April 2022 – Prihatin dan mengambil cakna dengan golongan kurang bernasib baik, NUBE Northern Region - PKP telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa bersama tiga keluarga asnaf.
Program sebegini pernah dianjurkan sebelum ini bertujuan untuk meraikan keluarga yang kurang bernasib baik di samping mengambil peluang melaksanakan aktiviti kebajikan dalam bulan Ramadan serta memupuk semangat berkongsi rezeki dan kasih sayang kepada golongan yang memerlukan.
Tiga buah keluarga yang diundang turut bersama sama berbuka puasa dengan ahli jawatankuasa NUBE PKP. Sejurus itu golongan terbabit turut menerima sumbangan keperluan harian dan wang tunai untuk kegunaan Aidilfitri.
Timbalan Presiden merangkap Pengerusi NUBE PKP, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen berkata, NUBE PKP mengambil inisiatif mendekati masyarakat dalam Program Jejak Asnaf Fakir Miskin bagi membantu golongan yang memerlukan bantuan dalam menjalani kesempitan kehidupan seharian ketika umat Islam berpuasa di bulan Ramadan, mudah-mudahan bantuan ini dapat sedikit meringankan beban kewangan tiga keluarga ini.
Beliau juga turut berkata dengan kerja amal jariah ini semoga Allah Taala memberkati segala perjuangan NUBE untuk memartabatkan ahli-ahli dan NUBE, Sdr Abdul Jamil juga mengambil kesempatan ini mengucapkan syabas dan jutaan terima kasih kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa Penyelaras dan ahli-ahli dari NUBE PKP yang telah menghulurkan bantuan dan menjayakan program ini.