Kuala Terengganu 15hb April 2022 – Berkongsi rezeki dengan anak yatim di yatim di Darul Falah. AJK NUBE KT telah mengambil inisiatif dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan memberi peluang kepada ahli ahli NUBE Kelantan Terengganu untuk sama menyumbang bagi menjayakan majlis ini.
Seramai 86 anak yatim telah diraikan pada majlis tersebut dimana Pengerusi Cawangan NUBE KT saudara Azizul bin Fouzi telah menyampaikan duit raya kepada semua anak yatim manakala saudara WanMohd Affendi Husain selaku Naib Presiden merangkap setiusaha cawangan menyampaikan bantuan kepada pihak pengurusan Darul Falah.
Semoga Majlis ini dapat mengembirakan penghuni Darul Falah dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini terutamanya AJK, ahli ahli Nube dan mereka yang terlibat secara tidak langsung.