26 April 2022, Taman Sri Pinang, Sungai Pinang, Georgetown, Pulau Pinang - Ketua Zon 6 merangkap Ahli EXCO NUBE Sdr Zainul Ahamad Mydin bersama-sama Setiausaha Kehormat NUBE PKP merangkap Bendahari Agung NUBE Sdr Chee Yeeh Ceeu serta Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Sdr Mohamad Rizal Othman, Sdr Cheng Al-Vin, Sdri Nur Marjaan, Sdri Sitie Nurul Adilla Mohd Johor hari ini meneruskan program susulan siri ke-3 berkesempatan memberikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga asnaf di Taman Sri Pinang.
Antara bantuan yang di hulurkan adalah berbentuk wang tunai dan barangan keperluan harian sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri. Semoga sumbangan ikhlas ini memberikan kegembiraan dan meringankan kepada mereka sempena syawal yang bakal tiba.
Jutaan terima kasih buat semua para Penyumbang, Semoga diberkati Allah selalu dan dimurahkan rezeki.