Pada tahun ini, sambutan Hari Pekerja diraikan pada bulan Ramadan yang berakhir semalam. Kedua-dua sambutan itu amat bermakna buat NUBE kerana bukan sahaja diadakan secara fizikal buat julung kali selepas dua tahun ekoran pandemik Covid-19, malah diadakan pada bulan Ramadan. Sambutan menjadi lebih bermakna dengan majlis berbuka puasa.