Kakitangan pentadbiran di ibu pejabat dan Pusat Latihan NUBE, Port Dickson turut dihargai sempena sambutan Hari Pekerja NUBE 2022. Kepimpinan NUBE berpandangan setiap orang yang menyumbang kepada kelancaran pengurusan dan pentadbiran patut dihargai ketika kita menyambut Hari Pekerja. Sumbangan mereka wajar diiktiraf. Terima kasih atas kerja keras dan sumbangan anda semua selama ini.