Majlis sambutan Hari Pekerja NUBE 2022 turut dimeriahkan dengan kehadiran wakil pihak bank. Kehadiran mereka dalam majlis berbuka puasa turut telah menambah keindahan sambutan kali ini.
Antara mereka yang hadir termasuklah Ketua Sumber Manusia Maybank dan Presiden Persatuan Bank Komersial Malaysia (MCBA), Dato' Nora Manaf; Ketua Kumpulan Perhubungan Perusahaan dan Pematuhan Maybank, Dato' Brian Jit Singh; Ketua Modal Insan Kumpulan CIMB Bank, En Gurdial Singh; Pemangku Pengarah Eksekutif MCBA dan mantan Ketua Kumpulan Perhubungan Perusahaan dan Pematuhan Maybank, En Looi Heong Meng; Ketua Sumber Manusia Bank Islam (M) Bhd, En Iskandar Shah Zulkarnain; Ketua Sumber Manusia Alliance Bank, Cik Tan Pueh Khim, dan Ketua Sumber Manusia HSBC Bank Bhd, Cik Sugunah Verumandy.
Dalam pada itu, Dato' Nora Manaf juga diberi penghormatan menyampaikan ucapan pada majlis yang bermakna ini.
NUBE mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas kehadiran mereka kali ini.