NUBE berbesar hati untuk menghadiri Kongres Kesatuan Sekerja Dunia ke-18 di Rom, Itali. Ini adalah aktiviti antarabangsa yang pertama untuk Delegasi NUBE selepas sejak dua tahun lalu kita berdepan dengan sekatan dan kawalan pergerakan akibat pandemik Covid-19.
Kongres tiga hari bermula pada hari Jumaat, 6 Mei dan akan berakhir hari ini, Ahad.
Delegasi diketuai oleh Presiden, Bro Tan Eng Hong. Turut dalam delegasi, yang mengambil bahagian buat kali pertama, adalah dua pemimpin baharu, iaitu Bro Edwin Solomon dari Cawangan Perak dan Bro Balapragash dari Cawangan KLSP.
Kira-kira 300 perwakilan dari seluruh dunia menghadiri Kongres kali ini, yang antara lain membincangkan keprihatinan berkaitan pekerja termasuk kesan pandemik Covid-19.
Persidangan tiga hari ini berjaya kerana ia bertindak sebagai platform pendidikan untuk pemimpin-pemimpin NUBE memahami isu-isu buruh di arena antarabangsa dan peluang untuk bertukar idea dengan pemimpin kesatuan sekerja global.