HSBC Bank Malaysia yang mendakwa ia sebagai bank bertaraf global memperlihatkan sifat sebaliknya. Ini terbukti dengan siri aduan yang dilontarkan oleh para pelanggan menerusi media dalam talian dan sosial sejak beberapa hari lalu.
Ini membuktikan bahawa HSBC bukan sahaja tidak serius dalam menyediakan 300 aduan industri yang difailkan oleh ahli-ahli NUBE, malah menunjukkan HSBC tidak serius dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan.
HSBC membuang pekerja-pekerja tetap tempatan termasuk ahli-ahli NUBE dan digantikan dengan tenaga kerja syarikat pihak ketiga di bawah program sumber keluar peluang pekerjaan. Akibatnya pelanggan-pelanggan terbiar tanpa khidmat bermutu tinggi yang diharapkan oleh mereka.
Berikut dikongsi siri luahan dan aduan yang dilemparkan oleh pelanggan!!!!