Bukit Mertajam, 13 Mei 2022 - Pihak Pengurusan Public Bank Bukit Mertajam telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan telah menjemput NUBE Wilayah Utara.
NUBE telah diwakili oleh Timbalan Presiden merangkap Pengerusi NUBE Northern Region PKP, Sdr. Abdul Jamil Haji Jalaludeen, Bendahari Kehormat, Tn. Haji Mohamad Ilyas, Ahli-ahli Jawatankuasa Sdr. Karthigasan & Sdr. Abdul Ghani serta Ahl Jawatankuasa Kerja Sdr. Shukri.
Turut mengalu-alukan kedatangan NUBE adalah Pengurus Wilayah Utara Public Bank Berhad, Cik Khoo Gaik Hong.
Majlis Hari Raya ini disambut dengan meriah setelah 2 tahun akibat pandemik Covid-19. Sebahagian besar kakitangan Public Bank Bukit Mertajam kelihatan sungguh segak dan menawan dengan pakaian tradisional. Semoga perpaduan yang terjalin ini dapat dikekalkan demi masa depan yang lebih baik.