Sebesar dan seberat batu sekalipun masalah pasti akan ada penyelesaianya kalau kita sanggup mengambil langkah untuk meminta bantuan untuk memahami hak asasi sendiri.
Langkah selepas adanya kesedaran pentingnya hak asasi itu, praktis atau mengamal apa yang kita belajar itu perlu diteraskan dengan segera.
Dalam hal ini komunikasi memainkan peranan kritikal. Ahli-ahli telah memahami selok belok komunikasi yang berkesan dengan cara yang lucu.
Oleh kerana mereka seronok dengan aktiviti ini, faktor komunikasi yang berkesan senang difahami dan diingati.