Union House, Georgetown Pulau Pinang 20hb Mei 2022 - NUBE NR PKP hari ini meneruskan tradisi Majlis Rumah Terbuka bagi mengeratkan semangat Solidariti sesama ahli NUBE PKP dan menjaga hubungan industri harmoni dengan Pihak pengurusan Bank di Wilayah Utara.
Dalam ucaptama Timbalan Presiden NUBE Malaysia merangkap Pengerusi NUBE NR PKP, Sdr Abdul Jamil Haji Jalaludeen menzahirkan rasa kesyukuran kerana dapat berhimpun bersama-sama selepas dua tahun mendepani ujian pandemik Covid-19.
Beliau juga menyeru kepada seluruh keluarga NUBE agar terus berpegang kepada semangat Solidariti yang utuh 'one for all and all for one' yang mana menekankan sikap toleransi dan kebersamaan selaras dengan gagasan menghasilkan 'Quality Union, Quality Members'.
Turut serta memeriahkan Majlis hari raya ini adalah Pihak Pengurusan 'Regional Manager/Director' dari pelbagai bank, seperti Maybank, CIMB Bank, Public Bank, UOB Bank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Standard Chartered Bank, MBSB Bank dan para pemimpin Gabungan Kesatuan MTUC dari Wilayah utara seperti Kesatuan EIEU, Kesatuan Textiles Pulau Pinang, NUTP Cawangan Pulau Pinang dan NUTP Cawangan Kedah.
Selain disajikan dengan kepelbagaian aneka juadah makanan, majlis juga diserikan lagi dengan acara cabutan bertuah, sesi karaoke dan putaran lagu-lagu raya.
NUBE NR PKP ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua jawatankuasa penyelaras kerja yang memastikan Majlis Hari Raya Aidilfitri berjalan dengan lancar dan meriah sekali.
Semoga kita semua bertemu sekali lagi di majlis seterusnya dan ikatan ukhwah terus kuat dan utuh.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.