Persidangan Kebangsaan NUBE yang bertemakan "Solidariti Sosial Untuk Sara Hidup" anjuran NUBE sedang berlangsung di Hotel Excelsior, Ipoh, Perak.
Program sehari ini bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden NUBE Bro Michael Tan Eng Hong.
Persidangan kali ini disertai ahli-ahli NUBE dari seluruh negara.
Pengisian terdiri daripada ucaptama yang akan disampaikan oleh YBhg Datuk Haji Mohamed Shafie BP Mammal, Presiden UNI-MLC; Sdr Azlan Awang, Felo Kanan Majilis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM); Dr Nagiah Ramasamy, konsultan NUBE dan Tuan Md Marzuki Ismail, mantan Pengarah Kementerian Sumber Manusia; Sdri A. Karuna, Timbalan Setiausaha Agung NUBE dan Sdr. J Solomon Setiausaha Agung NUBE.