Setiausaha Agung NUBE, Bro J Solomon menyifatkan piket kebangsaan fasa ketiga yang berlangsung selama empat jam semalam telah mencapai kejayaan yang diharapkan.
Bagaimanapun tegas beliau, perjuangan masih belum berakhir.
"Kita akan teruskan perjuangan sehingga mencapai matlamat kita," kata beliau berucap di akhir piket yang diadakan di pekarangan HSBC Bank Malaysia di Ipoh, Peak.
Ini kali pertama piket yang bermula pada sebelah petang berlangsung sehingga sebelah malam. Jamuan Aidilfitri sempena Hari Raya Aidilfitri turut diadakan.
Ikuti ucapan penuh Bro Solomon.
Read More : https://fb.watch/dfSpYCMPC0/