IPOH, 28 Mei: Persidangan Kebangsaan NUBE yang berlangsung di sini pada 26 Mei 2022 telah berjaya mencapai matlamat dengan sokongan semangat solidariti para peserta.
Persidangan satu hari yang menyaksikan ceramah dan ucapan pemimpin NUBE, pemimpin kesatuan serta pakar-pakar dalam bidang sosiaoekonomi yang dijemput khas telah membawakan perspektif menarik demi manfaat para peserta.
Lebih 140 orang peserta memperlihatkan semangat aktif mereka dalam memantapkan lagi perjalanan persidangan yang bertemakan "Solidariti Sosial Bagi Sara Hidup".