KALUMPANG, HULU SELANGOR, 28 Mei: Selepas membawa kejayaan ke atas barisan kepimpinan, NUBE memperluaskan penyertaan dalam Program Pembangunan Kapasiti Bagi Inspirasi Dalam Solidariti (CaPIS).
Kali ini seramai 40 peserta dari lima cawangan NUBE telah mengikuti program tiga hari dua malam ini, yang diadakan di Kalumpang Resort Training Centre. Program berakhir pada 26 Mei.
Program dikendalikan dalam suasana alam semula jadi. Para peserta telah diberikan pemahaman berkenaan keperluan semangat solidariti dan terus memberikan inspirasi kepada semua peserta iaitu "Satu Matlamat, Satu Tujuan" berjuang bersama NUBE.