HULU LANGAT, 28 Mei: Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran NUBE KLSP di Kampung Orang Asli Sg. Gabai, Hulu Langat tengah hari ini, beberapa pertandingan turut diadakan untuk meraikan kanak-kanak di perkampungan itu.
Ini termasuklah pertandingan mewarnakan logo dan 'musical chair'.
Langkah itu telah menambah kemeriahan sesi kunjungan barisan kepimpinan NUBE KLSP ke kampung tersebut.