BAGAN SERAI, 1 Jun 2022: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad dan Bendahari Kehormat Cawangan, Bro Nicholas Quah, telah mengunjungi RHB Bank dan Maybank, Bagan Serai pada 11 Mei lalu.
Ahli-ahli telah diberikan maklumat terkini mengenai beberapa isu semasa. Mereka juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti dianjurkan oleh NUBE.
Pegawai-pegawai NUBE turut mengadakan pertemuan dengan Pengurus Cawangan Maybank, En Yahya.
Ahli-ahli yang hadir berpuas hati dengan maklumat-maklumat terkini dan amat gembira dengan kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.