IPOH, 1 Jun 2022: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, yang diketuai oleh Pengerusi Cawangan, Bro Mohamad Syukri dan pegawai-pegawai Cawangan yang terdiri daripada Bro Shahril Saferi, Sis Jayasheila & Sis Sharen Kaur telah mengunjungi ahli-ahli NUBE di Maybank Cawangan Jalan Sultan Idris Shah, Ipoh pada 19 Mei lalu.
Sempena mesyuarat tersebut, semua ahli telah diberikan maklumat terkini mengenai isu-isu semasa, dan mereka juga dinasihatkan agar senantiasa mengikuti perkembangan NUBE dan mengambil bahagian dalam apa jua aktiviti serta seminar yang dianjurkan oleh kesatuan.
Semua ahli berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi dan menghargai kehadiran para pegawai NUBE ke cawangan mereka.