IPOH, 2 Jun 2022: Barisan Pemimpin NUBE Cawangan Ipoh, dengan diketuai oleh Naib Pengerusi Cawangan, Bro Zubir Ahmad dan Ahli Jawatankuasa Cawangan, Bro Thiagarajan, telah mengunjungi ahli-ahli NUBE di Standard Chartered Bank, Ipoh.
Sempena kunjungan ini, kesemua ahli telah dimaklumkan perkembangan terkini mengenai beberapa isu semasa yang wujud. Pada masa yang sama, ahli-ahli kesatuan juga dinasihatkan agar mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh NUBE. Pelantikan IRC juga telah dibuat.
Ahli-ahli juga berpuas hati dengan maklumat terkini yang dikongsi. Mereka turut amat gembira dengan kehadiran pegawai NUBE ke cawangan mereka.