JOHOR BAHRU, 6 Jun 2022: Pengurusan Public Bank Wilayah Selatan 1 telah menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri dan telah menjemput NUBE Cawangan SMJ.
Majlis yang berlangsung di Hotel IBIS Iskandar Puteri pada 3 Jun lalu, NUBE SMJ diwakili oleh Setiausaha Cawangan SMJ, Sdr Tan Eng Hong yang juga Presiden NUBE; Naib Pengerusi Cawangan, Sis Evelyn Chan Siew Yen; lima Ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Sdr Shariffudin, Mohd Hafidh, Sdr Mazuwan, Sis Nadiah dan Sis Malar.
Pengurus Wilayah Selatan 1, En Peter Cheong dan pengurus-pengurus cawangan mengalu-alukan kehadiran barisan kepimpinan NUBE SMJ.
Dalam ucapannya, En Peter menekankan keperluan perhubungan yang baik di antara pihak bank Wilayah Selatan 1 dan NUBE SMJ. Menurut beliau, ia penting untuk perhubungan industri harmoni di tempat kerja.
Majlis kali ini berlangsung dengan meriah setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19. Semoga hubungan harmoni yang terjamin ini dapat dikekalkan demi masa depan yang lebih baik ahli-ahli NUBE.