09.06.2022 - Ahli Jawatankuasa Cawangan Sdr Abdul Ghani bersama Ahli Jawatankuasa Kerja , Sdr Shukri telah membuat lawatan kerja ke kawasan Juru, antara Bank yang dilawati adalah Affin Bank, RHB Bank, Maybank, Standard Chartard Bank dan CIMB Bank.
Ahli Jawatankuasa telah berjumpa dengan ahli-ahli dengan memberikan informasi serta perkembangan terkini sektor perbankan.
Sdr Abdul Ghani juga menjemput ahli-ahli NUBE ke program pertandingan Bowling anjuran NUBE PKP yang akan diadakan pada 25.6.2022 di Ole Ole Superbowl, Mydin Bukit Mertajam
Ahli - ahli juga dinasihatkan untuk bersama-sama menghadapi arus perbankan dan mengikuti arahan serta perkembangan NUBE dari masa ke semasa.